Home
Tentang Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur Dan Selangor PDF Cetak E-mail

Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur Dan Selangor ditubuhkan pada 15 Januari 2007 dan mendapat kelulusan sebagai Persatuan berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan mengikut Akta Pertubuhan 1966. Selaras dengan matlamat dan tujuan untuk menjadi persatuan yang berfungsi sebagai badan bukan kerajaan, persatuan ini ditubuhkan dengan agenda membantu dan memperjuangkan kucing-kucing kurang bernasib baik di Malaysia di samping mempunyai matlamat besar bagi memperjuangkan pembangunan kucing dengan objektif jelas seperti berikut :

  • Memupuk dan berkongsi minat dan rasa kasih terhadap haiwan peliharaan kesayangan iaitu kucing.
  • Membuat kebajikan dan memberi perlindungan terhadap kucing- kucing yang terbiar melalui pembelaan tempat tinggal, kesihatan dan makan minum.
  • Memberi kesedaran, mendidik, pendedahan, pengetahuan, bimbingan kepada masyarakat mengenai penjagaan sebenar haiwan kesayangan iaitu kucing.
  • Untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan hobi dan minat ahli Persatuan dan masyarakat terhadap perkara berkaitan kucing seperti bengkel, seminar, pertandingan Kucing, kuiz, kerja amal.
  • Menjadikan kucing sebagai sumber dan model pengikat kasih sayang kekeluargaan dikalangan masyarakat melalui perkongsian hobi yang sama iaitu memelihara Kucing.
  • Untuk memastikan bahawa perlembagaan dan kaedah-kaedah Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur Dan Selangor dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli.


MARILAH BERAMAI-RAMAI MENJADI AHLI PERSATUAN PEMINAT KUCING KUALA LUMPUR DAN SELANGOR SEBAGAI TANDA SOKONGAN ANDA!


 

Paparan terbaik laman web kami adalah menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.5 dan terkini. Dengan resolusi 1024 x 768